Thursday, May 5, 2011

Wanita Berpakaian Tetapi Masih Telanjang?


Diantara tanda tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan munculnya sikap wanita yang keluar rumah dengan mengenakan pakaian yang tidak menutup auratnya,  menampakan perhiasan dan rambutnya dan menampakkan sebahagian tubuhnya yang wajib ditutup.    Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda : " Ada dua golongan ahli neraka yang belum saya lihat sekarang, ia itu kaum yang membawa cemeti seperti seekor sapi untuk memukul manusia dan wanita wanita yang berpakaian tetapi telanjang yang berlenggang -lenggok dan miring rambutnya seperti kelasa unta yang miring.  Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pada hal bau syurga itu dapat dihidu dari prjalanan yang sejauh ini dan ini".(sahih Muslim) 



Fenomena wanita berpakaian sekarang seolah olah jadi satu trend ,mengenakan seluar  jeans dengan baju kecil dan sendat atau   wanita pakaian   baju "adik" .Wanita kalau tidak pakai seluar jeans yang ketat di anggap tidak ikut trend dan ada yang sedikit "over" memakai T shirt yang menampakkan pusat nya. Ada kah mereka ini sengaja mendedahkan supaya dilihat oleh orang lain atau syok sendiri bahawa aku ini seksi? Yang menjadi persoalannya megapa si ibu bapa yang berjubah dan berkopiah pun tidak menegur cara anak anak mereka berpakaian sedemikian?. Mereka mungkin tahu bahawa mata lelaki apabila melihat wanita memakai seluar ketat akan terus memandang ke sudut "hot spot" dan mula lah berkhayal bagaimana sebenarnya bentuk badan wanita itu,si syaitan pun turut membelai minda si lelaki dengan imaginasi yang sangat kreatif.  Kita turut dipaparkan dengan berita kejadian rogol disana sini ,mungkin cara wanita berpakaian seksi ini menjadi penyebabnya.   Kadang kadang kita  merasa kasihan kepada artis artis melayu , ada yang menunaikan umrah dan haji tapi balik ke tanah air terus membuang tudungnya seolah olah mereka tidak merasa apa apa tentang dosa dan pahala kononya berlakon itu kerja mereka nak cari sesuap nasi.